Tengok - Tengok

Mukadimah


Click here for Myspace Layouts

Followers Fiza Tiza

falling object love

Monday, July 1, 2013

Pelajar Merantau :)

Assalamualaikum, salam sejahtera! 

Hari ini fiza ingin berkongsi pengalaman fiza pasal kali pertama mula masuk kolej. Kira alam universiti jugalah kan? Hehe. Alhamdulillah rezeki fiza nak masuk kolej akhirnya tercapai juga. Tapi agak terkilan juga sebab tak dapat UPU lepas. Tapi rezeki ada dimana-mana sahaja kalau kita ada usaha sendiri insyaAllah kita akan dapat kejayaan akhirnya walaupun kita tak ada ijazah. Alahamdulillah fiza dapat motivasi dari guru-guru dan kawan-kawan fiza yang perihatin tentang diri fiza selama ni. Asalkan usaha kena mantap berjaya atau tidak jangan dikirakan dahulu,itu prinsip fiza sekarang. Kalau dapat kolej swasta pun tak bermakna seseorang pelajar itu tidak berkualitikan? Yang penting kita ikhlas dalam kerjaya kita yang bakal dihadapi suatu hari kelak.InsyaAllah.




Selama 6 bulan fiza duduk dirumah tak tahu mahu buat apa, aktiviti yang dilakukan pun hanya download movie sahaja dan bermain dengan haiwan kesayangan serta makan, hehe. Pemalaskan? Dalam sebulan lepas fiza ada dapat pangilan dari Kolej Antarabangsa Putra. Alhamdulillah fiza dapat tawaran dalam Bachelor Science of Business Administration. Kira fiza insyaAllah akan terus ambil ijazah dalam masa 4 tahun ni. Tapi yang mengerunkan bagi fiza kena berbahasa inggeris sepanjang masa. Untuk menguatkan bahasa inggeris fiza yang dah lama fiza tinggalkan lepas. Disini ramai juga pelajar dari luar negara jadi takkanlah fiza nak cakap bahasa melayukan? Nanti dia tak layan fiza pula hehe. Ye bahasa inggeris sekarang sangat amatlah penting.

Kali pertama kena tinggalkan keluarga memang sedih tak sehingga. Tapi oleh kerana menimba ilmu jadi terpaksa juga tinggalkan mereka. Ala tak apalah dekat je melaka dengan seremban. hehe. Cuma fiza kena berdikari duduk disini. Itu semua lumrah hidupkan. hehe. Fiza harap fiza boleh mendaki ijazah ini dengan baik berkat doa keluarga tercinta insyaAllah fiza akan kuatkan semangat untuk belajar lebih baik dari SPM dahulu. INSYAALLAH! :D <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Singgah Jika Mahu