Tengok - Tengok

Mukadimah


Click here for Myspace Layouts

Followers Fiza Tiza

falling object love

Sunday, September 18, 2011

Sambutan Hari Malaysia

Sebelum aku bagi kauorang semua baca entri aku ni, aku nak bagi kauorang semua gambar aku dengan kawan-kawan dan cuci-cuci mata dengan melihat keindahan yang cantik-cantik dan handsome-handsome ini dari ciptaan Allah yang Maha Besar. Subahanallah!!  Silakan lah tengok gambar kami semua yang hepi-hepi ni.. hehe :)































            Assalamualaikum, salam satu Malaysia! Tanggal 16 September 2011 adalah hari bersejarah bagi aku dan  rakan-rakan aku dari sekolah SMK Dato Haji Mohd Redza telah di panggil untuk membuat persembahan ! Cop-cop, bukan buat persembahan di atas pentas ye, kitaorang just menari kat bawah pentas je kot sape yang nak tengok? haha diri sendiri le punye rasa kau menari macam mane kan? Betol tak ? Penyertaan ini untuk menyambut sempena Hari Malaysia sebab hari 31 Ogos 2011 yang lepas, kita orang Melayu kan tengah beraya tak kan tetibe nak sambut serentak. Tapi boleh jugak kan bila di fikirkan kembali. Hahaha! What ever la kan..

           Yang membuat kan aku nak join benda-benda ni semua, adalah di sebabkan sijil. Huhu, dapat lah tambahkan markah koko sikit kan . So persembahan kami semua di buat pada waktu malam, dan kami di syarat kan menari pakai baju tradisional pakaian masing-masing iaitu baju kebangsaan kitaorang lah, baju kurung, baju melayu, baju sari, baju cheongsam dan sebagai nya tapi aku tak tau ape nama baju tu? haha..
Dengan malam gilang gemilang itu kami semua telah memakai baju yang di perbuat dari benang dan kain yang lawe-lawe dan yang hot-hot lah kata kan. Dan tidak ditinggal kan pemakaian make up yang sememangnya benda-benda macam ni gilai ramai kaum hawa dalam dunia ini (termasuk aku lerr..). Tapi aku tak nak pakai malam tu kerana ade sebab-sebab tertentu la.. hehe.. 
            
             Berbalik pada topik kita, kami semua mula menari dalam pukul 8 lebih kalau tak silap aku la kan. Sebelum kami semua mula bergerak, kami semua telah di hidangkan dengan persembahan tarian dari pelbagai kaum sedikit sebanyak kami semua happy le .. Dengan kehadiran artis-artis baru masa kini, ini membuat kan mereka lebih berasa happy malam tu.Artis yang datang pada malam itu kalau tak silap la, Hazama,Adira,Datuk M. Daud Kilau dan lain-lain. Tarian kami ini di dendang kan bersama-sama dengan lagu-lagu macam tarian la kan, contoh lagu setia bersama,1 Malaysia,lagu Zapin Dtuk Temenggong dan macam lagi lah. Peranan kami adalah hanya untuk kibarkan bendera Malaysia , yela kan nak sambut hari Malaysia so kita semua kibarkan lah bendera kebanggan kita :)
         
               Majlis berakhir dengan pertunjukan flying fox yang memegang jalur gemilang kan, dan letupan bunga api yang entah berapa lama minit nye kepala aku ni mendongak ke atas untuk melihat kecantikan bunga api dan aku tak pasti seberapa banyak letupan di keluarkan,kiranya itu lah saat-saat paling best bagi kami semua para pelajar sekolah hehe...

Yang paling best nye masa Menteri Besar Negeri Sembilan nak balik tu, kami semua kena buat ruang untuk dia berjalankan? So aku ni kira bertuah la dapat bersalaman dengan dia, sebab dh rezeki aku duduk kat barisan hadapan kan, sempat lagi dia tanya aku sekolah mana then aku pantas dan bangga dengan menjawab nama penuh sekolah aku lah kan. So dia dengar nama sekolah aku tu dia rasa kagum sebab dia pernah singgah kat sekolah aku dulu tapi aku tak la dapat nak bersalaman dengan dia. haha.. Untuk pengetahuan anda aku bukan nak menggatal nak salam dengan dia, aku sebagai rakyat jelata yang setia aku bangga lah dapat bersalam dengan pemimpin negeri aku ni,lagi pun itu je peluang yang aku ada kan. Betul tak?

 Aku rasa itu saja lah yang dapat aku nak share bersama-sama anda sekalian, ada apa-apa nak komen, Silakan... ! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Singgah Jika Mahu