Tengok - Tengok

Mukadimah


Click here for Myspace Layouts

Followers Fiza Tiza

falling object love

Sunday, July 31, 2011

Selamat Datang Bulan Ramadhan Tahun 1432 H / 2011


Ya, Ramadhan yang kita rindui telah kembali untuk tahun ini. Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan ganjaran pahala yang berganda-ganda dari bulan biasa. Oleh itu kita harus mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin supaya Ramadhan kali ini lebih bermakna dan dapat merasai betul-betul apa erti itu Ramadhan yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah amalan-amalan yang lain seperti terawih,menbaca Al-Quran dan sebagai nye. 
Fiza memang suka sangat bila bulan puasa datang menjelma, sebab suasana lain dari bulan lain tau. Kalau waktu sahur kan fiza lah orang pertama yang bangun dulu dari ahli keluarga fiza yang lain sebab bersemangat nak puasa esok pagi nye. hehe. Kalau waktu berbuka puasa tu ahh memang semua orang suka kan3? Betul tak ? Haaa.. Jawab yo.. hehe.. Bulan puasa banyak mengajar kita untuk berbuat baik dan insaf. Yang paling mengembira kan fiza masa bulan puasa tak lain dan tak bukan membeli belah untuk hari raya yang akan datang. Yela get ready for raya siapa yang tak suke, angkat tangan . hehe. :) Suasana hampir nak raya tu memang best. Tapi bile dah habis raya kan.. hmm tak banyak yang best pun dah.. hohoh..Dah2 tak yah ingat benda-benda yag tak best lagi.. Sekarang ni kita semua jangan tunggu-tunggu lagi , cepat cari pahala banyak-banyak buat anda semua dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Purple + Pink.. :-)


So, saya Nur Hafizah Binti Nikrul Tarmizi ingin mengucap kan selamat berpuasa dan selamat beribadah. :-)  
Haa.. Puasa jangan tak puasa lak. hehe..  

Saturday, July 30, 2011

Basah...

Basah?! Err kenapa fiza pilih tajuk untuk catatan kali dari perkataan itu? Oh. itu berdasarkan apa yang terjadi pada diri fiza hari ni. Tapi ade member fiza cakap lah kan. Perkataan B.A.S.A.H ini ade makno eah yang tak elok di sobut nyo. Kira nya tak senonoh punye maksud lah derr.. Ade faham? Tak faham haa, lagi lah bagos otak masih suci lagi yer.haha.Kepada siapa - siapa yang TERfikir lain. Ini tak maknenye. Oke?! 
Berbalik pada tajuk kita tadi lah kan. Perghh! Pagi tadi hujan lebat kot, nasib bila fiza datang sekolah tadi hujan tak ade lah lebat sangat. Hiyuh! Tapi nasib fiza ni memang tak ade lah baik mane pun.Den terkono gak hujan tadi haa, masa nak masuk kelas untuk waktu pertama lah kan fiza dan rakan-rakan yang lain dalam perjalanan ke kelas sambil berlari-lari anak dari satu blok bangunan ke satu blok bangunan yang lain sehingga kami dapat kelas kami yang entah ape nama blok.DAN kami dah basah.Kain sekolah fiza pun dah basah gak.Sebab itu lah fiza buat tajuk untuk kali ni BASAH. Untong ar kelas budak-budak ni kat tingkat yang bawah rendah-rendah lagi tu. Dan mereka-mereka juga pun banyak di kalangan yang rendah - rendah. (opss..! jgn terasa fiza gurau je) Tapi kelas fiza ni je haa yang tinggi melambung ke atas tu. Tinggi punya lah tinggi lepas tu banyak anak tangga yang kena didaki. Sampai penat lah kitaorang tiap - tiap kali naik ke atas tu. Dah macam jadi rutin senaman harian kitaorang dah pulak. Naik punyer lah naik, tak jugak pecah-pecah (Urkk! pembaca semua, jangan fikir lain oke?!) pecah ape? Pecah LEMak lerr!! Dah-dah tu, jangan nak biru kan otak korang lagi. Jangan biru kan blog fiza yang suci murni ni lagi warna pinky gitu!! Hehe.
Perenggan ketiga pula, rupa-rupanye kan! Kelas pertama fiza adelah subjek bahasa inggeris,dan kelas fiza tu bukan nye kat bilik darjah fiza, tapi, kat bilik lain laa... Adeh.. buat penat je fiza naik sampai ke atas nak masuk kelas awal tuk,tuk kelas kitaorang rupe-rupe nye ni kat tempat lain la pulak. Tapi nasib baik teacher fiza belum sampai lagi tau. Huh,selamat fiza. Tapi bila fiza sampai je kat kelas tu, fiza mendapati diri fiza dah habis Basah kuyup oleh hujan. Adoi. rase nak balik rumah je tadi tau. Padahal fiza tak main hujan pun dan tak mandi hujan pun, tapi nak buat macam mane kan tempias hujan tu kuat sangat sampai masuk dalam bangunan air hujan tu. Huh sabar jela. Satu hari ni memang hujan jela. Kitaorang tadi semua sejuk-sejuk. Adeh. 
suasana hujan. hehe! romantik tak? 
Oke sampai sini je untuk kali ni ye! Sori kalau fiza tak dapat nak puaskan hati pembaca - pembaca di luar sana. Fiza tulis ape yang fiza suka je dan rase terbaik untuk tatapan anda semua. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.   

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday


Saturday, July 23, 2011

Oii!! Hackers Kau Tak Ade Kerja Lain Ke Haa??


Dah bace lum? Dah baca lum? Dah baca lum?
Ini orang yang tak do kojo nak dibuat dek eah. Tengok den dah cakap nogori dah ni haa.. Tak habis-habis nak hack orang punya facebook la. Kalau tak ade kerja cari kerja ni haa kat rumah aku pun banyak kerja ni. Aku pun boleh ape bagi gaji kat kau. Tapi tak lumayan ar. Pergi lah cari kerja yang bagus-bagus tu haa kat luar sana. Ramai orang perlukan pekerja la. Kau je pemalas nak kerja tidur je tau.
Ini peringatan bagi pengguna facebook sekalian di luar sana. Ini hackers nak hack facebook anda untuk kepentingan mereka sendiri. So semua step dah diberi pada gambar di atas. So korang harus berhati-hati lah dengan chat box korang ye!Hackers semakin pandai ye! 
Anyway sebelum aku habis kan post untuk kali ni, aku nak share something dengan korang ini Fiza jumpa dan dapat dari status facebook kawan fiza .  
ɥɐɥɐɥɐɥ spuodsǝɹ oɥʍ ǝǝs oʇ ƃuıɥɔʇɐʍ ǝq ןןıʍ ı ˙snʇɐʇs ɹnoʎ oʇ ǝʇsɐd puɐ ʎdoɔ sıɥʇ pɐǝɹ uɐɔ noʎ ɟı 'ʇsod ı ʇɐɥʍ oʇ uoıʇuǝʇʇɐ ʎɐd spuǝıɹɟ ʎɯ ɟo ʎuɐɯ ʍoH"

Hahaha... apa macam boleh baca tak korang semua?? hehehe..

Perghh!! Tak Pasal-Pasal Muka Masuk Surat Khabar Metr0

Assalamualaikum... Salam satu Malaysia!
Korang dah tahu belum? Errr.. mesti la dah kan? Ni surat khabar harian metro nye cerita. So kalau nak tau cerita sebenar nye pergi lah beli surat khabar harian metro tu haa.. Kalau nak tahu tapi malas nak beli surat khabar atau pun surat khabar dah habis di jual sila klik di sini http://www.hmetro.com.my/articles/Bawa__8216_pulang__8217_penungguhutan/Article/ 

Antara mangsa histeria. 
Ni tak lain tak bukan pasal kejadian hari Rabu tu la ni! Pasal ape lagi, Pasal gangguan histeria lerr.. Tapi nak di kata kan bawa balik penunggu hutan tu. Ada yang berpendapat punca pada hari kejadian tersebut adalah benda yang sama yang pernah berlaku dahulu .Tak pasti la, sebab 4 tahun lepas pun ade kejadian yang sama berlaku pada kami semua. Itu, Allah sahaja yang tahu. Apa yang telah berlaku dan ape yang akan berlaku dia masa depan. 
Tapi kita sebagai manusia harus ingat, setiap ape yang berlaku itu ade hikmah dia sebalik nya. Betul tak? Allah tak akan menguji sekiranya hamba nya tidak mampu untuk menempuhi dugaan tersebut. Jadi Fiza disini sebagai warga sekolah SMKDHMR harap sangat-sangat kepada adik-adik junior ini dapat kuat kan semangat diaorang apabila datang ke sekolah semula. Korang jangan la takut nak datang sekolah nanti oke?! Ni kecoh kat facebook takut datang sekolah, tak nak datang sekolah la. Nanti Fiza takut tahun depan pelajar form 1 tak  ade pun nak daftar masuk kat sekolah ni.Sebab ape, sebab takut 'HANTU? '
Ye memang la mahluk ini agak burok sikit wajah nye dan menyeramkan anda semua. Tapi ape yang perlu kita takut kan sekarang ni adalah Allah SWT dan kita harus mohon perlindungan dari Nya. Sesungguhnya ape yang berlaku adalah kehendak Nya. Sekian untuk post kali ini.

Friday, July 22, 2011

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat

Al - Fatihah!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Insan yang Fiza maksud kan ini adalah beliau salah seorang guru sekolah tempat fiza menerima ilmu pelajaran. Tanggal 22 Julai 2010 iaitu hari khamis.Berita tentang pemergian nya amat mengejut kan kami pihak sekolah pada ketika itu.Sudah genap setahun beliau telah pergi meninggal kan kami warga Redza buat selama-lamanya. Nama arwah ialah Ahmad Izir.Kami semua memanggil beliau dengan panggilan Cikgu Izir . Maaf kerana Fiza tidak mempunyai sekeping pun gambar beliau untuk tatapan readers sekalian. 
Menurut guru-guru sekolah Fiza cakap, arwah meninggal kerana sesak nafas. Beliau meninggal di hospital. Meninggal kan seorang balu dan 5 orang anak yang masih kecil. Anak sulong beliau baru berumur 9 tahun. 
 Beliau adalah guru yang mengajar subjek Geografi kami ketika fiza di tingkatan 3 dulu, dan subjek-subjek lain. Beliau juga seorang yang berlawak jenaka ketika mengajar kami. Dan senang bermesra dengan pelajar-pelajar di sekolah fiza terutama pelajar lelaki. Suara beliau sering kedengaran di sekolah kami tatkala ketika beliau mengajar ataupun ketika sedang menghukum pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Beliau juga seorang guru yang bertanggungjawab terhadap pelajarnya.
Kini kelibat dan suara beliau tidak lagi meriuh kan sekolah kami lagi. Tiada lagi suara yang berbunyi "kak 2 kak" (maksudnye kitaorang kena ketuk ketampi dua kali kerana tidak memakai pas keluar ketika di luar kelas). Tiada siapa yang boleh ganti kan beliau. Hanya kenangan kami bersama nya yang boleh diingati. Hanya doa kami mengiringi mu cikgu. Kami semua sayang cikgu.Pemergian mu amat kami tangisi. Semoga roh mu aman dan tenang. Amin..

Wednesday, July 20, 2011

Histeria

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

            Entri kali ini adalah daripada pengalaman Fiza sendiri yang mana perkara seperti ini telah berlaku di sekolah tempat Fiza dan rakan-rakan belajar. Tanggal 10 April 2008 4 tahun lepas, sekolah kami telah diserang dengan gangguan histeria. Dan.... Pada hari ini juga perkara yang sama telah berlaku di sekolah kami. Tetapi kali ini lebih sedih dan lebih bilangan pelajar yang kena histeria berbanding tahun lalu.
ini hanya gambar hiasan SAHAJA! 
Pada pukul hampir 11.00pagi, kami digemparkan dengan jeritan pelajar yang terkena histeria, dan kemudian nya kami semua telah diarah untuk berkumpul di dewan terbuka sekolah kami. Bagi mengelak kan ramai lagi yang terkena gangguan yang sama. Kami bersama-sama membaca yaasin di dewan, tetapi gangguan itu tidak berhenti di situ sahaja, malah ade beberapa pelajar perempuan lagi yang terkena gangguan yang sama dan mereka telah di bawa ke surau sekolah kami bagi mendapat kan rawatan selanjutnya. 
Peristiwa ini memang menyedihkan hati Fiza sendiri, fiza juga berasa takut dan lemah semangat ketika itu. Tapi Alhamdulillah ianya tidak berlaku kepada diri fiza. Kalau berlaku lagi susah kan?? Fiza cuba menguatkan semangat fiza dan berzikir supaya minta di jauh kan dari gangguan itu. Tapi Fiza memang tabik spring ler dengan abang-abang dan kakak-kakak senior sekolah kami ni. Mereka telah membantu ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah untuk meredakan keadaan pelajar-pelajar yang terkena histeria. Wah semangat diaorang memang kuat. Alhamdulillah! 
Menurut kepada guru-guru disekolah Fiza ni, perkara ini berlaku kerana ade sebab. Semua yang berlaku di bumi ini mesti ade sebab, so kejadian ini pun ade sebab nye kenapa ia berlaku kerana banyak perkara yang tidak berapa nak elok telah berlaku berleluasa di sekolah itu. Yang membuat kan Fiza tak puas hati budak-budak yang buat perkara jahat tu tak terkena gangguan tapi budak-budak yang baik ni pulak yang terkena. Adeh hai. Sabar je lah kan. Ade hikmah di sebalik ape yang telah berlaku. So entri kali ni fiza tak ade niat pun nak maksud kan ape-ape. Cume nye sekarang ni kite sebagai manusia harus lah mengingati Allah SWT. Segala perkataan sekiranya ade yang terasa Fiza mohon maaf. 

Monday, July 18, 2011

Misi Piramid

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. 

Entri kali ini pula fiza nak share ape yang fiza bace. Korang nak tahu tak ape yang fiza bace ni?! Ni haa, fiza ade bace satu novel ni! Novel ni ada lah sebuah novel yang menarik, kerana isi kandung nya yang agak berlainan sedikit dengan novel-novel sebelum ni yang pernah fiza baca la kan!Novel ini telah di karang oleh Ida Munira Abu Bakar.Bilangan muka suratnye adalah 330 muka halaman bercetak. 
Sinopsisnya fiza cerita kan sikit ea! Seorang anak muda yang bernama Zek yang tercampak ke dunia serba asing selepas membaca surat daripada ratu kecil. Dia mengembara mencari  kunci sepatah perkataan di setiap empat dunia cabarannya. Sekiranya berjaya, dia adalah wira dan berjaya membebaskan warga dunia itu dibelenggu kejajahan dan kezaliman kuasa jahat. Dia sana dia menjadi pecinta erti perjuangan dan hak kemanusiaan hidup di muka misi itu.

 Apa yang buat fiza tertarik sangat-sangat dengan novel ni,kerana jalan ceritanya yang menarik perhatian fiza dan pengambaraan yang hebat di dalam dunia asing yang sungguh mencabar. Memang lain daripada yang lain la senang cakap. Tak macam novel yang lain.Kalau nak tahu ape yang tejadi dalam nye . haa.beli buku ni, atau dapat kan nye di perpustakaan. hehe. Sekian.

Ampun Kan Lah Daku

Assalamualaikum.! Dengan Nama Allah Yang Maha Permurah Lagi Maha Mengasihani.
Mula-mula sekali Fiza ingin mohon maaf banyak-banyak sangat DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI dengan semua orang diseliling Fiza dan readers sekalian! Fiza buat tajuk entri kali ni kerana fiza berasa, fiza telah melakukan kesalahan pada orang sekeliling fiza! Maaf kan Fiza.!



Tajuk entri pada kali ini adalah, korang dah baca kan kat atas tu. So korang faham-faham jela kan. Setiap manusia mesti ada dan PERNAH buat kesilapan bukan?! Kalau tak ade buat kesilapan, macam mane pemikiran kita nak matang kan? Betul tak? Tapi kita harus pasti kan kesalahan yang lalu tidak berulang semula. Kalau ianya berlaku semula, alamat nye korang tak pernah belajar dari kesilapan lerr itu atau sebalik nye. 
Kadang-kadang kita sering terfikir bahawa dunia ni tak adil pada kita kan?! Tiba-tiba saje musibah telah melanda diri kita kan? Kita sering mengeluh kenapa ini yang terjadi pada diri kita kan? Tapi korang pernah tak sekali terfikir balik ape dosa kita yang kita pernah buat DULU? Dosa yang terlepas pandang atau tak nampak langsung melain kan orang di sekeliling kita dan mereka tak mahu memberi tahu kepada kita, kerana mereka takut kita berkecil hati?! Bukan? 
Itu ade membawa maksud yang tersirat, kadang-kadang Allah ingin memberi ujian kepada hambanya, samaada hambanya ini taat padaNya atau sebaliknya, Atau pun ianya ade lah balasan Tuhan atas kesilapan kita dan kita sendiri pun tak sedar itu lah yang kita pernah buat selama ni!  
Tapi bagi Fiza pula, kalau korang ade masalah dengan fiza ke, kecil hati dengan fiza ke, sakit hati dengan fiza ke. Korang boleh face to face dengan fiza dan bagitahu fiza ape salah fiza pada korang. Dan fiza akan mengaku kalau itu betul salah fiza, dan fiza akan pohon maaf dari mu! Sebab fiza tahu fiza tak sempurna dan senang buat salah dengan manusia. Dan kadang-kadang fiza sendiri pun tak perasan ape salah fiza. 

Saturday, July 16, 2011

Terhasilnya Blog Pertama

 Alhamdulillah, header pertama fiza dah siap. Ehh2 mesti pelik kan sebab fiza kata blog pertama fiza baru siap? Tak.. Maksud fiza ni, header pertama yang buatan asli original manusia punye!(tgok tu dah ade asli tambah lagi original pulak.hehe!) Tapi bukan fiza yang buat kan tapi rakan blogger fiza yang buat kan.
Thanks Mimi, semoga follower kau bertambah ramai Amin.. hehehe!

Fiza tak berapa lah pandai sangat dalam bidang blogging ni, so fiza ambil decision minta tolong dia yang buat kan. hehe! Lagipun dia ade buat tempahan header tau! Kirenye fiza ni melabur perniagaan ler dengan dia! haha.! Cehh! Belum ape-ape lagi dah ade perniagaan hebat! Tapi bagi fiza ini masih di kira pertolongan la dari dia kan. Sebab!  Mane tak nye readers ku, dia penat-penat perah kepala otak dia tu nak hias kan blog fiza ni. Supaya blog fiza ni jadi lawe . hehe! 

header pertama fiza tiza! :-)

Cantik tak? Kalau cantik senyum ar , kalau tak cantik buat muke blur.. Hehe! Untuk pengetahuan readers sekalian yang fiza sayangi, Mimi ni pun sebenarnye baru jugak dalam bidang blogging ni kire baru berjinak-jinak lah kan.. hehe! Tapi yang buat fiza kagum dengan dia ni, dia suke mencube untuk menaik tarafkan blog dia. Fiza hargai pertolongan yang diberi kan oleh mimi ni! Nanti mimi boleh la ajar fiza oke?! hehe! 

Tumbuhan Lanskap Sebagai Hiasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Peace be upon you . Salam Satu Malaysia! 
Tumbuhan adalah hidupan alam yang berwarna hijau! Eh..eh.. memang le warne hijau tak le warna merah jambu kot. Itu semua manusia sudah tau apa itu tumbuhan dan fungsi nye. Kan3?? 
So , kali ni fiza nak share something dengan korang tau. Ni ade beberapa gambar yang bakal korang tengok ni adalah pokok lanskap kat taman sekolah kitaorang tau. hehe. Ade seorang fotografer ni dia main kebas je fiza punye camera then dia ambil gambar bunga-bunga dan pokok yang ade kat sekeliling kitaorang. 
 Yela, dia tak ade keje time tu. Tu le pasal dia cari kerja tak kan nak cari pasal pulek! Itu susa tu. Tapi kan hasil gambar yang dia ni ambil membuat kan aku tertarik pada,... ehh2 bukan pada fotografernye.! Tapi pada gambar - gambar yang di ambil nye itu!
kalau nak tengok scroll lah ke bawah itu pun nak fiza ajar?? heheh
 (jangan la terasa gurau je kot) 







picture 1

picture 2

picture 3

picture 4
Haa.. ape pendapat pembaca sekalian lawa tak?? cantik tak?? heheh. itu semua terpulang pada anda semua ye nak menilai kan nye macam mane oke?! Sekian untuk kali ni! :-)

Friday, July 15, 2011

Allah Maha Penyayang

Assalamualaikum, Salam Satu Malaysia! 
Sebelum apa-apa yang akan terjadi pada masa akan datang bermula dari sekarang! Fiza nak kongsi bersama anda semua sebuah ungkapan atau pun kata-kata yang indah untuk kita semua renung-renungkan kembali.
 Tapi Fiza rase ade ramai yang dah tahu dah tapi Fiza cuma mahu kongsi kan  nye saja bole? Terima Kasih daun keladi . hehehe! Ni nak tau tak ape yang Fiza maksud kan ni? Haa.. silalah bace dan lihat gambar yang ade dibawah ini ye!


Hmm..!! 
So korang semua dah bace kan?! Korang faham kan maksud nya? Ape? Faham? Bagus , Alhamdulillah! Tak sia - sia mak bapak korang hantar pergi sekolah ye.. hehe. 

Fiza dapat ungkapan ni pun dari kawan facebook fiza gak, dan dia dapat dari senaskah surat khabar ni, tapi fiza tak ingat pulak surat khabar ape kan, maybe korang pun dah tahu surat khabar ape kan. Sebab rumah fiza ni tak langgan surat khabar. So kalau ade ape-ape event pun maybe fiza tak tahu. Haha.. 
Oke2! kita balik pada tajuk entri kali ni punye. Fiza suka sangat dengan kata-kata yang ditulis pada ayat tersebut sebab ianya menampakan dan menyata kan bahawa Allah SWT tidak kejam bahkan, sayang pada hamba cipataanNya. Allah juga akan menguji umat manusia dengan daya kebolehan kemampuan seseorang itu untuk menghadapi ujian tersebut. Allah juga suka pada hambaNya yang selalu berdoa memohon  dari Nya. Cinta Allah juga lah yang paling hakiki pada kita semua hambaNya. Sekian! renung-renungkan dan selamat membaca!
Pelangi yang mewarnai awan yang begitu indah! :-) 

Monday, July 11, 2011

Fiza Tiza ade kembar

Weh,weh,weh!!! Betul ke ni, weh?! Siapa kembar Fiza Tiza tuh? Aku pun nak tengok gak lawe ke? Hehehe! Actually Fiza ni bukan ler lawe mane pun macam you all kan?(sob..sob.. ceh feeling je tahu! oke aku ni tengah syok sorang-sorang) Tapi ape-ape pun Fiza tetap bersyukur dengan ape yang telah dikurniakan oleh - Nya. Alhamdulillah! :-)
Ni, macam ni cerita nyo! Pada suatu hari, sedang aku berjalan-jalan ke..... (Error typing)  
Fiza berkenalan ler dengan seorang gadis ni, pertemuan kami di tempat tuisyen tempat kami belajar subjek fizik, (not my favourite subject) hee! First Fiza dengan dia tak bertegur sapa ler. Ishh! Umat Islam mane boleh macam tu kan? Kalau tak bertegur, tak berkenal macam mane nak mempererat kan silaturahim sesama Islam kan3?!. (tapi jangan ler lebih-lebih) Dah 4 bulan dah Fiza kenal dan berkawan dia ni, tapi masing-masing tak pernah tanye birthday masing-masing bila. Fiza rapat dengan dia kat tempat tuisyen tu, sebab kat situ tak lah ramai anak-anak melayu join tuisyen tu , majoriti bangsa cina ma!! heheh ! 
Tuk,tuk! Satu hari ni, sir kami cakap le pasal kereta then dia kata kitaorang tahun depan jangan ar bawak kereta sampai accident kan. Tiba-tiba kawan Fiza ni cakap 
Kawan: Yes, next aku boleh bawak kereta laaa.... Amik lesen...huhu! (gembira tak terhingga)
Fiza     : Alaa.. ishh! jeles nye aku kau boleh bawak kereta tahun depan kan. Family kau bagi ker?
Kawan: Yes, diaorang bagi laa.. heee.. suke nyerrr!!!
Fiza     :Weh, kau lahir bile? tibe-tibe je nak bawak kereta ni? bile? 
Kawan: Bulan 2 laa.. 
Fiza     :Ape? bulan 2?? Ehh,ehh same ar weh!! Bulan 2 tu bilo? 
Kawan:21 Februari laaa... (dengan bangganyo menjawab soalan Fiza tadi!) Kau lak?
Fiza     :Haa?? Apo?? Ekau ni samo ar dongan den ni haa.. Den pun lahir hari yang samo gak 21 hari bulan! 
(apo lagi Fiza dengan dia tergelak-gelak ar, sampai ade yang tak goma dengan gelagat kami ni)
Fiza     : Laaa.. yoko? Ekau lahir pukul bapo ni? 
Kawan: Pukul 3.30 petang, kau?
Fiza     :12.30 tongahari! hahaha,..
Itu le aku nye kembar. hehe name dia amalina , ape macam serupa tak?
jawapan nye tak.. hehe. Kembar tarikh lahir kot. haha

Dari situ kami mula lah rapat kan, and Fiza dah add dia, dia dah approve Fiza ! So, lepas ni Fiza kena wish ar pada birthday Fiza sendiri, iaitu kembar tarikh lahir Fiza ni. hahaha..! Tak sangka dapat jumpe kembar tak serupa lain mak bapak dan lain segalo-galo nyo! Tapi saudara seIslam!Kan? Huh! memang tak sangka le kan? Kini aku sudah ade kembar aku! Anda bila lagi?? heheh ! Sekian .Assalamualaikum! :-)

Aku Tak Waras?? Arghh! Tidak!!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia kepada semua readers di sini yer! huh!Minta maaf lah ye, kalau tajuk aku hari ni agak mengerunkan korang semua oke?! :-)
Adeh! Aku sudah mula demam ni. Ini mesti disebabkan oleh cuaca yang tak menentu sekarang ni. Kejap hujan, kejap redup, kejap panas, kejap terik, kejap gelap, kejap mendung dan merapu-rapu! haha! Oke tu je le mukadimah nye tuk post kali ni! 
Ini lah Fiza Tiza oke!! :-) 


Bila aku demam, aku tak dapat fikir dengan waras sewaras daku! Aku memang tak dapat fokus pada pembelajaran dalam kelas atau di mana-mana sahaja aku berada (ceh! ayat tak boleh bla tu kot. hahah ). Oke aku tahu aku syok sorang-sorang dan korang tak payah nak ngutuk belakang aku just ngutuk depan aku je. haha Kau tengok,kau tengok aku sudah mula merapu sana sini!  Mata aku mula merah, muka aku mula lesu, badan aku makin panas, segala-galanye ape yang aku rancang kan pun sudah terbantut, bukan nye TERBONTOT ye! Hoho! 
Bak kata orang kita hanya mampu merancang , Allah yang menentu kan nye! Betol tak? Betol tak? Betol tak?  Actually esok, cikgu chemis aku nak tanye setiap pelajar (maksudnye termasuk aku lah kan? ye la, habis tu sape kau?) Aduh aku kena study ar macam ni, kalau tak dapat jawab nanti ape akan jadi?! Ouh fiza oii jangan le fikir bukan-bukan adoi. Aku sudah makin tak waras kot! Aku nak menaip untuk post kali ni pun jari - jemari aku ni terketar-ketar ni haa!
Tapi tak ape, demi blog tercinta aku ni, blog kesayangan aku ni, kekasih gelap aku ni, aku sanggup menaip demi kamu!(ceh ayat!!)  Aduh banyak nye kekaksih gadis itu fiza tiza ni  . Ahahaha! Silalah gelak ketawa ye readers ku sekalian ! Aduh perasan je aku ni, ade ke yang nak bace blog aku ni? hoho itu Allah saja yang tahu kan3?
Minta maaf banyak-banyak untuk posy kali ni sebab penulis nye sedang merapu tahap gaban! Sekain !  

Thursday, July 7, 2011

Miss you my Heart!



Assalamualaikum,salam sejahtera !
Ini gambar fiza bersama rakan-rakan satu kelas fiza dulu. Kitaorang ni sebenarnye pemalu nak amik gambar-gambar yang banyak dan pelbagai gaya ekstrem yang akan dilakukan oleh kami semua! Tetapi pada suatu hari sedang kami termenung dalam kelas, tiba-tiba mood untuk ambil gambar dan berposing-posing kami semua telah terkeluar dari diri kami. Actually ni kenangan kitaorang semua satu kelas dulu. Sebahagian dari kami telah terpisah kerana sebab-sebab yang tertentu yang tak dapat fiza hurai kan untuk readers semua.
 gambar dari kanan readers semua, Shamin,Syazana,Huda,Hayati dan Fiza Tiza
3 dari kami semua dah tak bersama fiza lagi kecuali syazana.

Kenangan kami berempat dalam kelas 4 Azam, Fiza love u all tau! :-)

posing kat tangga pun jadi jugek. haha 

Bentuk love yang tak berapa nak jadi tu! 

diaorang ni berlagak macam miss world bila posing macam ni. haha

suke-suke je duduk kat tangga tuh.! 

piss no war ! muka-muka ceria ni lah yang telah mewarnai kelas kami. tapi sekarang . ahh
usah dikenang benda yang dah lepas. hmm..

ehh2! ape ni aisyah sibuk2 pulek nak amik gambar, haha.. lat2 dia yang kena dok bawah
huu...!! 
Sesungguh nye kenangan time sekolah ni lah memang kenangan terindah gak yang tak akan kita semua dapat kita lupekan sampai korang dah tua bangka kan3?? hehe. Tetapi masa cepat berlalu meninggal kan kita semua. Hmm.Fiza harap suatu juga kami semua dapat bertemu semula, tak kira bila dan mana kita akan bertemu InsyaAllah! Fiza sedia menanti dengan kehadiran u all.         
Korang semua belajar lah rajin-rajin ye, supaya terjamin masa depan kalian semua. Dan dapat mengapai cita-cita mu yang tinggi menggunung itu. Amin ...   

Cute Girl !

Assalamualaikum,

ni gambar masa fiza 4 tahun . 
Haa,, agak-agak siapakah budak comel dalam gambar ni? Hmm. ini fiza lerr.. haha masa ni fiza masih kecil lagi dan masih cumel. Tapi sekarang sudah besar dan sudah tidak cumel macam dalam gambar ni lagi sebab, bila korang tengok gambar ni mesti korang tak percaya ni fiza kan?. Sob..Sob.. sedihnye.
                                                         Heee..... 
 Tapi. tak ape fiza amat bersyukur dengan ape yang telah di kurniakan oleh Allah S.W.T. pada fiza, kalau kita fikir kita ni tak lawa tak comel kan,sebenarnye ade yang lebih (bukan fiza nak mengata tau!) tak seberapa lawa macam kita. Contoh, warga O.K.U tu. haaa. mereka lagi tak bernasib baik macam kita ni sebab mereka mempunyai cacat pada sebahagian anggota badan mereka akibat faktor-faktor tertentu.Fiza bersimpati melihat mereka , fiza fikir balik ape rasanya bila kita ade di tempat diaorang? Ape? Ape perasaan korang semua? So kita semua harus lah menghargai ape yang telah dikurniakan olehNya untuk kita semua yer!
Actually fiza nak update pasal entri kali ni pun saja-saja jep. Sebab fiza sekarang ni dah tak ade idea sangat lerr.. Fiza sekarang busy nak study dan nak cover ape yang belum di cover lagi tu. Hmm.. So korang enjoy la blog fiza tiza ni ye.. Love you all! :-)
 
 

Sunday, July 3, 2011

post!! :)


Assalamualaikum,salam sejahtera! :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Singgah Jika Mahu