Tengok - Tengok

Mukadimah


Click here for Myspace Layouts

Followers Fiza Tiza

falling object love

Wednesday, June 29, 2011

What? You Are The B.I.T.C.H??!

            Oppsss!
Jangan terasa ye. Sebab fiza tak ade niat pun nak buat entri pasal "bitch" ni! Ade cerita lagi bagus dari tu lerr!! Semalam fiza pergi lah tuisyen kan. Then kami semua belaja lah macam biasa. Fiza tak berapa nak ingat ler apa tajuk soalan semalam. Tapi fiza ade ingat satu jep.! Heheh. Masa tu, kitaorang tengah berbincang pasal soalan tu. Al kisah macam biasalah kan, sir kitaorang ni baik tau ,kat tempat tuisyen pun ade papan putih untuk dia menulis rajah-rajah dan soalan-soalan yang kitaorang tak paham-paham tu lerr.. hehe ! 
Tiba-tiba, time fiza asyik-asyik menyalin pada kertas ni ape yang ade ar kat depan(papan putih) tu haa..! Fiza terperasan ejaan sir salah. Korang nak tau tak ape yang dia salah tu?!Korang perasan tak yang mane, ade SEBUTAN dalam bahasa inggeris yang sama, TETAPI ejaan dan maknenye lain tau! Haaa.. jangan lupe yer! 
Contohnya: 
"Beach"  atau "Bitch" 
Haa.. sebutan nye samakan? Tapi maknenye lain punyalah lain tau! Beach ni makne nye pantai kan?! Manakala, Bitch ni pulek, err. Korang paham-paham je lah yerrr!! Kitaorang semua perasan sir ni salah tulis, fiza time ni memang dah tak tahan gelak dah ni. Tapi kawan fiza ni tegur fiza supaya beradab sikit kan. So fiza diam jela. Dah lama-lama tu semua dah mula gelak-gelak dah! Sir pun dah mula pelik. Then ade seorang hamba Allah ni bagitau sir . "Err.Sir your spelling is wrong "
Lepas tu sir tengok balik kat papan putih tu. Lepas tu, sir tersenyum nampak gigi! haha sir malu gak nye kot.. haha Time tu memang semua tak tahan gelak . Aku ape lagi gelak habis la. Itu lah pengalaman tak boleh bla punye.. hahah ! Yela sebab perkataan tu sepatut nye di tulis beach not bitch! haha ! 

peace no war! :-)

Sunday, June 26, 2011

InGaT lah KaMu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! 


Gadis Itu Fiza Tiza In Love

                          Assalamualaikum. Salam sejahtera wahai pembaca yang dikasihi sekalian.


Ini gambar fiza dengan kawan-kawan sekelas fiza, hehe. Diaorg ni suruh fiza masuk dalam love yang diaorg buat ni haa.. hehe kan. Diaorg buat macam tanda love kan? lawa tak? Tak lawa pun tak pe asalkan fiza buat ape yang fiza suka ar. hehe :-)

Saturday, June 25, 2011

Inikah Cinta?!


Hari Sukan di SMK Dato Haji Mohd Redza

            Hari sukan pada tahun ini jatuh pada bulan Jun 2011. Lambat nya, tapi bukan sekolah aku jer, banyak lagi sekolah lain yang lambat buat hari sukan. Aku tanya lah pada cikgu-cikgu kat sekolah aku, kenapa lambat sangat buat hari sukan. Korang nak tau tak cikgu jawab ape? Sebab kementerian pelajaran yang dah tetap kan. Lagi pun minggu sukan kitaorang ni bejalan dalam seminggu dari hari isnin - khamis. So bermamcam lah aktiviti yang di lakukan oleh guru-guru disekolah aku ni..

Dah-dah aku tak nak cerita panjang-panjang just tengok gambar - gambar kat bawah ni.

ini peserta acara larian .. berapa meter aku tak ingat



bersiap sedia..



ini sukaneka untuk cikgu-cikgu pada hari sukan lepas



ini permainan isi air dalam botol..





ini pasukan silat sekolah kami...


di bimbing oleh cikgu Zulkifli Sahaini..


posing!!! :-)
Itu saja lah gambar yang aku ade untuk hari sukan ini.. Aku malas nak tangkap banyak-banyak, buat habis kodak je. hahah.. Oke sampai sini jep entri aku kali ni, Assalamualaikum.. :-)





Dah Empat Bulan Dah

       Assalamualaikum,

       Salah seorang rakan aku ni , dia memang baik,suke bagi aku advice dan kiranya boleh jadi kawan baik yang sejati lah kan.Dia sekolah lain laa. Tapi kitaorang ni boleh juga dikatakan rapat gak la. Nak tahu macam mane kitaorg rapat? Haaa.. Ni ade satu rahsia nak dia kongsi bersama anda. Kitaorang guna telefon rumah ar.. Hahaha.. sebab tu lah.. bil melambung naik.. haha.. Tapi aku memang sayang kan kawan aku tu, ape yang menarik tentang dia, dia memang baik sangat,dia ni memang faham perasaan aku sebagai seorang kawan sejati,lepas tu dia ni pandai dan cun pulak orang nye.. hehe!..

Meilie sebelah kiri yang pakai beg pink tu..! Dia ni Chinese gurl! hehe. 

Aku jumpa dia kat sekolah tiga hari lepas tau, sebab time tu sekolah lama dia ade hari kantin. So dia dengan geng-geng dia yang lain pergi la kan. And aku pun join ar sekaki itu pun dia ni yang ajak aku tak kan nak tolak pelawaan best fren sendiri kot. Dia lah yang belanja aku pada hari tu. Sebab aku ni pulak lupa nak bawak duit lebih lak time tu. Adeh hai. Tak ape lah Meilie satu hari nanti aku akan tolong kamu balik ! Tapi perjumpaan kitaorang ni sekejap jer.. Yela , aku habis kelas pada hari tu lambat la.. Tapi nak buat macam mana kan. Aku harap aku dapat jumpa dia sekali lagi , InsyaAllah.

Yang paling terkilan nye sekali ni, aku tak dapat tangkap gambar dengan dia. Disebabkan masalah teknikal lah ni. Adeh, yang aku dapat amik gambar dia ni dari facebook dia lah. Kesian kan aku? hehe..

ini gambar dia masa majlis anugerah pelajar cemerlang dulu.
(err ade siapa-siapa yang berkenan?)
Err.. kepada semua kawan aku yang diluar sana.. (cehwah.. macam lah ramai sangat kawan aku ni). haha.
Aku bukan tak nak buat entri pasal korang oke? Aku buat yang kali ni sebab, aku baru je jumpa dia, dah lama tak nampak muka dia.  InsyaAllah nanti entri yang akan datang aku akan buat pasal kamu oke sayang?? heheh.. :D


Sunday, June 19, 2011

yeay! yeay! Baru Tukar Header Baru !

err.. alamak ni header lame daa.. Header baru kat atas nun.! hahah
Assalamualaikum , salam sejahtera , salam satu Malaysia. 

            Sudah tiga hari fiza tak new post kan blogspot Fiza Tiza nye ni kan.. Tak ada la, ni sebab fiza sekarang dah mula sibuk dengan tugasan harian fiza sekarang yang entah bila fiza tak sibuk entah.. Haha . Tak baik cakap mamcam tu.

             Hari ni fiza sudah tukar header baru, hmm.. Fiza saja nak tukar kan yang baru supaya nampak lain sikit kan? Tak kan asyik nak letak gambar yang sama saja kan3? hehe . So fiza buat keputusan buat sikit yang baru. Tapi fiza gunakan gambar yang sama jep. Sebab fiza ni tak de lah banyak sangat ambil gambar - gambar  yang baru fiza tiza seorang jep. Sebab fiza malu kot amik gambar fiza yang tak seberapa lawe mana pun ni .. Kalau ambil gambar pun syok sendiri jer. Oke korang tengok jela blog fiza ni oke? 

             
  

Wednesday, June 15, 2011

Gegaran Kecil

            Huh!.. Pagi semalam la, dalam pukul 8 lebih kurang macam tu. Aku tengah belaja dalam kelas Tingakatan 4 Azam. Kelas aku ni berada agak tinggi dan blok yang paling tinggi dalam sekolah SMKDHMR ni. Bangunan ni atas bukit ar tau. Ishh.. banyak nye aku jelas kan ni.. haha kadang-kadang kauorang pun penat nak baca kan? Adeh hai. Err sori sebab baru post hari ni kot.. hehe :-)

              OkE-oKe, sambung cerita ni balik time ni kami semua tengah belaja subjek Sejarah tau. Ini subjek lemah aku tau.. Adeh.. Tapi yang pasal tamadun Islam tu haa. Den boleh ar sebab den suko bolaja tontang ehh.. heheh.Aku tengah kusyuk mendengar guru sejarah ku bercerita la. Sebab dia ni memang suka bercerita dan aku pun suka menjadi pendengar yang setia..! So, syok-syok la dengar kan. Tiba-tiba aku feel something different la. Aku ingat kan aku sendiri yang rasa kerusi aku bergoyang-goyang, sebab aku tengah gerak-gerak kaki sikit kat meja aku, sebab aku ni orang tak reti duduk diam gak. Kalau time aku tengah rajin laa haa.. Semua aku nak buat , tapi time aku tengah malas err.. Tolong jangan mintak tolong aku lerr.. Tapi kalau benda itu penting InsyaAllah akan aku tolong gak ar.. oke? huhu...

              Then aku berhenti lah dari gerak-gerak sikit kaki aku kan,lepas tu aku rasa kerusi aku ni macam goyang-goyang sikit. Aku pun pelik, tapi time tu guru subjek aku tengah syok bercerita so kitaorg just berpandangan antara satu sama lain lerr... Yela takkan nak tegakan hal yang belum pasti kan? Nanti buat malu jer. haha! Tapi time aku rasa tu memang rase ade bergegar la.. Bila kami pelajar perempuan tanya pelajar lelaki kan. Diaorang tak terasa pulak..Maybe diaorg ringan sangat kot.. haha.. Jahat kot mulot fiza ni.

              Oke2! Pendek cerita lah kan, bukan kami je yang merasai itu tetapi cikgu2 kat sekolah pun rasa benda yang sama lah. Tuk-tuk balik je rumah bukak televisyen ade gempa bumi kat Sumatera, dan kat Negeri Sembilan pun ade terasa gegaran yang sama dan waktu nya sama bila kami semua rasa kan . Tapi tak semua yang rasa sebab yang terasa cuma yang berada dalam bangunan tinggi jer kot.. hmm.. oke lah itu je untuk cerita hari ni.. Thanks sebab sudi baca blog FT ini. hee..

Sunday, June 12, 2011

Hari Yang Sibuk Sudah Tiba Dalam Hidup Aku Kini

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam satu Malaysia..

            Esok sekolah laa.. hehe Fiza sebenarnye suke tau pergi sekolah ni, Tapi part yang tak suka ni time dapat homework dan kerja-kerja yang agak susah.. hehe Fiza ni tak baik tau cakap macam tu.. hehe..Hari yang sibuk bakal menselubungi diri fiza ini. So fiza kena ar study rajin-rajin, supaya Fiza layak masuk ke menara gading, ini tanggung jawab fiza dan keluarga fiza pun meletakkan harapan tinggi pada fiza WALAUpun ade yang tidak menghargai diri fiza ini.


ini beg aku, ape macam lawa tak?? heheh 

Heheh.. bila aku datang kat sekolah kan, ramai cekgu cakap aku ni nak jadi bebudak sebab aku pakai beg ni macam budak-budak . heheh.. Sebab beg ni untuk budak-budak jep.. heheh! Nampak macam budak-budak kan? hahah. Nak wat macam mane dah aku suke beg ni, kan? Kalo orang dah suke , nak wat macam mana lagi.. hahah. Lepas ni aku masuk kelas dan terus belaja bab-bab yang baru dalam pelajaran nanti, add math,bio,chemis,physics,geo dan lain-lain lagi lah.. Hurm.. tak silap aku lepas ni gak kitaorg semua ade kior(err btol ke aku eja ni?) hahah! 

 Lepas ni jugek banyak lah aktiviti yang akan dijalankan disekolah itu, seperti hari koperasi, hari sukan dan bla,bla,blaaa... huhuh! Dan aku jugak akan banyak habis kan masa untuk buat kerja-kerja yang diberikan kepada aku. So lepas ni mabye aku tak banyak online,blogger dan pasal-pasal intenet ni. Fiza kena buat betol-betol sebab ini susah, dan ini untuk masa depan fiza tau.. hehe..

 Ucapan terakhir fiza lah kan, kepada sape-sape yang masih study-study kan. Korang belaja lah rajin-rajin ye, dan menaik kan lagi taraf dan nama negara kita ini . Sama-sama lah kita terus kan perjuangan untuk diri ini.


Friday, June 10, 2011

Fizik / Physics

            Fizik ,Fizik, Fizik, dan Fizik.. hmm. Sekarang dah masuk tengah tahun 2011 . Aku pun makin tua. Dan anda semua pun makin tua.. hahah .Jahat kot mulut aku ni. Sebenarnye subjek ni aku tak minat pun tau. Tapi dah aku pilih aliran ni so, tanggung ar. berani buat berani tanggung tau beb.. haha Itu sememangnye tugas aku sebagai seorang pelajar la kan... haha.

err.. ni bukan buku teks subjek fizik ea.,ni buku nota untuk tuisyen aku..huhu

            Aku ni agak lemah gak dalam subjek ni, so aku decided untuk pergi cari tuisyen ar supaya aku dapat di bimbing lebih lagi . Then aku dh jumpe so ape lagi nak berjaya cepat-cepat ar pegi tuisyen. Sekarang aku dah belaja sampai bab 3 untuk subjek ni..huhu.. Err.. bukan aku tak belaja kat sekolah ar. Ni just nak tekan kan aku lagi mahir dalam subjek ni.. Walaupun bukan subjek kegemaran tapi ianya penting untuk SPM dan untuk masa depan aku gak. huhu.. So aku kena berazam ar nak belaja bersungguh-sungguh.. :-)  Assalamualaikum.
            

Thursday, June 9, 2011

Kau Ni Fiza Baru Nak Post Hari Ni?? Adeh!!

    Al-kisah kami sebuah kumpulan Choral Speaking Sekolah Menegah Kebangsaan Dato Haji Mohd Redza, Seremban Negeri Sembilan.! huhu . Panjang lebar aku menaip name kebanggaan sekolah aku ni.. oke2.. Cerita ini sememangnye sudah ramai yang tahu dan sudah ramai yang dah post kat blog dia org tu haa.. Tapi aku nak jugak post untuk aku nye blog ni! Weh aku punye suke ar. hahah Fiza-fiza bile nak kamu nak berubah! :p

Jeng,jeng,jeng!!!! kalo anda nak bace sila tengok-tengok gambar jap kasi cuci mata kamu sikit.. heheh :-)

posing-posing gurlss!!. :-)
kegembiraan yang tak ternilai. 
medal yang disayangi. hehe(err betol ke aku eja word medal ni?)
kenangan kami semua!


muke - muke kejayaan! :D

Aku amat bersyukur kepada Allah kerana dengan berkat usaha kami selama hampir dua bulan. Kami tak sangka yang nama baik sekolah kami tersenarai dalam TOP 3 pertandingan Choral Speaking peringkat daerah seremban. hehe.. Serius aku betol-betol tak sangka, sebab senior-senior kami yang dulu tak pernah dapat top 3 ni. Lagi pun banyak sekolah - sekolah berKELAS tinggi lagi dari kami yang telah buat persembahan yang lebih baik tau! huhu.. Fiza jangan bangga sangat ye.. hehe.. Aku rase tak payah ar citer panjang-panjang pasal ni sebab semua sudah tau la macam mane perasaan kitaorg waktu tu. Gembira kan, hmm, Tapi dalam gambar korang tengok kitaorg semua pakai medal kan? Tapi time dalam bas hari tu , kitaorg kena pulangkan balik kat cegu sebab cegu kata dia nak tempah lagi beberapa buah medal untuk group simpanan kitaorg yang tak dapat ikut kitaorg sekali buat persembahan . Sian diaorg kan, aku pun bernasib baik dapat masuk pertandingan hari tu, sebab ni tahun last kitaorg form 4 ni lah nak masuk choral speaking tau. 

Ini memori aku masa sekolah menengah , lepas ni aku tak akan dapat pengalaman macam ni lagi dah. Hurm sedih bila kita meningkat dewasa masa zaman anak-anak kita, kita tak dapat nak patah balik. Kau tak percaya? Cuba kau tanya orang yang dah tua-tua ni betapa diaorg rindu nak sekolah balik tau.. Tak lama lagi aku pun macam dia org gak. hehe oke ar. sampai sini cerita untuk hari ni oke? Assalamualaikum! :)

















Wednesday, June 8, 2011

Tetamu Di Undang

Assalamualaikum, peace be upon you. 

             Hai semua, tajuk entri kali ni, adalah tetamu yang di undang. Hehehe, korang semua mesti sudah tau apa maksud di atas kan? Semua orang masa kini semua dah ade ilmu dan pengetahuan yang tinggi kan? hmm. So tak susa ar Fiza nak terang kan bukan? Ini semalam kitaorang berbual dalam telefon ar kan. Fiza yang call dia dulu, kitaorang berbual panjang sampai tak ingat dunia, dunia ni pun ingat kat aku.. haha.. fiza-fiza adeh hai! 

Heee.. ini lah hobi paling kerap fiza lakukan dan yang paling fiza SUKA.. hahah korang mesti terkejut kan? Kadang- kadang hampir tiap -tiap bulan kena marah dengan nenek sebab bil telefon meningkat.. haha . Jahat ar fiza ni, Ye la duduk kat rumah nak buat ape selain itu kan.. Kalo nak keluar jangan harap orang tua aku ni bagi pegi. Huh! 

So bual punye bual, errr .. fiza ajak ar dia datang rumah kan. Then dia kata dia oke jep. heee.. itu lah kawan yang terdekat dengan taman perumahan  fiza setakat ni, hmm.. yang lain semua jauh! hurm.. Ye la nak buat macam mane dia org dah menetap kat situ,X kan ar fiza nak pakse dia org duduk sebelah rumah fiza.. isshhh!! x de adab namanye tu! Hahaha.. 

              Tadi kawan fiza datang la rumah fiza dalam pukul 9 lebih.. haha awal tu. Heheh x pe ar dia nak datang rumah fiza , fiza sambut ar dengan mesra nye, heheh. Macam tak pernah sambut orang datang rumah pulak. Bukan nye ape kalo tetamu yang datang tu kita kenal tak ape lah lagi kan. Kalau yang tak kenal nak mesra lebih-lebih nak buat ape?? hehe . Lama jugek ar kawan fiza duduk rumah fiza tadi .. hee kita org berbual lame dan macam yang di bual kan. Ye la dah lame tak jumpe depan mata.. haha.Kalau telefon nanti ade yang kena bayar banyak.. hehehe.. ishh2!!.. korang bole tak tegur fiza ni jangan asyik nak merungut lebih-lebih?? hahah anyway thanks kepada sesiapa saja yang baca blog fiza dan yang sudah menjadi follower fiza tiza.. hehe . :-)


capture the picture!.. haha


Tuesday, June 7, 2011

Nyanyian Sumbang Dalam Kereta

Assalamualaikum,salam sejahtera. peace be upon you.

                 Tadi masa aku tolong startkan  enjin kereta nenek aku. Kereta wira lah kan.. hehe Aku bukak ar radio , then bukak-bukak je ade lagu favourite tu,.. heheh! Lepas tu ape lagi aku nyanyi ar kuat-kuat dalam kereta Aku dan kereta aku jelah yang tahu betapa sUmBaNgnye suara ku ini.. hahah . Lagu yang aku dengar  ni lagu Usher dan Selena Gomez tau.. hehe Tajuk lagu diaorg yang More dan Who says.. heheh korang mesti dah tahu kan? Best time nak start kan enjin kereta tuh. Aku rase macam nak bawak je tau.. hahah .Exceited ni weh, tak sabar nak belaja kereta tahun depan,Tapi itu pun tengok ar orang tua a ku ni bagi ke tidak. Hmm..




Tak ape lah ape-ape pun fiza kena belaja dulu kan?? betol tak? :-)

Selamat Tinggal Kazen Yang Disayangi !!! U Balek Jay Bee.. heheh

Ini lah Kazen yang rapat dengan akuh! :-)

Baru semalam je dia balik ke jay bee.. hehe Dulu hingga sekarang ni aku memang rapat gak ar dengan dia ni.
Err.. kepada kazen-kazen yang lain. Aku rapat gak dengan dia org. hee.. Tapi kazen yang aku lagi sorg ni aku rapat dengan dia sebab dia ni anak tunggal je . Then kat rumah dia bosan ar kan sebab dia sorg2 je kan.. hmm.. Bosan kan kalo x de adik beradik. Tapi ade pun nak gadoh je.. 

Bile dia ni datang rumah aku , dia mula ar kejar aku dulu , lepas tu baru salam dengan nenek aku yang comel ni. haha kelakar kan?? ehh kelakar ke?? huhu Tapi best gak rapat dengan dia ni. Sebab kitaorg banyak chemistry tau.. heheh persamaan. Kalo nak pegi mane-mane pun dia org akan tanye salah seorang dari kami ar. hahah . Kalo aku pegi dia pun pegi ar. Kalo aku tak pegi , haa, dia pun same gak ar.. hahah 

Well dear kazen , aku pun sayang kan ko jugak. Aku sayang semua orang yang sayang kan aku. Dan insan yang paling aku sayangi ade lah arwah ibuku yang telah lame pegi untuk selama-lame nye. Dia sanggup berkorban nyawa semata-mata ingin melahir kan diri ku ini . Ibu fiza sayang ibu walaupun kita x penah berjumpa tapi fiza rindu sangat-sangat nak jumpe ibu. Harap kita dapat bertemu di hari kelak.. 
SAYANG IBU!!! :-)

Edit,Edit and Edit.. huhu

Assalamualaikum, selamat sejahtera , peace be upn you.! :-)

                      Huh! letih la semalam online punye lama tau. Kau nak tau aku buat ape? Haaa. ni haa aku edit-edit gambar ar untuk blog aku ni. Ye la kan. Orang yang ade blog ni perlu lah hias-hias sikit kan? Supaya orang lain suka nak baca blog kita lagi kan? Betol tak? Kalau tak betol tu, errr.. Aku pun tak tahu ar.. Hahahah...!

                       Ehh2.. aku ni gelak-gelak pulek.. huhu. Well aku ni kiranye orang suka gelak dan ketawa. Tapi jangan ar melampaui batas nanti burok roman eah.. haha. Aku hope follower aku ni bertambah lah ye. Sape-sape yang sudi jadi follower aku , aku terima seada nye la.. Tapi kalau tak nak jadi follower aku pun tak ape aku  tidak paksa orang. Gila ko nak paksa orang jadi follower ko. Kalo citer blog ko best tak ape ar.. haha ! 

                       OKeh!!! mari sini tengok salah satu gambar aku , yang aku dah edit kan kat picnik.com..
Sebenarnye banyak lagi tapi malas pulek nak upload . Haha , fiza ni pemalas ar.. oke enjoy you reading! erkk betol ke ape aku cakap ni? huhu . 


                                                      cantik tak?? heheh biasa-biasa je beb!

Sunday, June 5, 2011

Saya Bangga Menjadi Warga Malaysia

Gadis Itu Fiza Tiza...!! =)
           
                     SAYA BANGGA MENJADI ANAK WARGA MALAYSIA.. huhuhu... Bersyukur kehadrat illahi atas kurniaan-Nya. Aku amat bersyukur keranan menjadi slah seorang warga Malaysia di dalam keadaan aman dan damai. Hmm.. jika dia bandingkan dengan negara-negara lain kan.. Bumi Malaysia lebih bertuah dari negara-negara lain tau. Belajar pun ramai yang nak support. Aku lebih beruntung dari yang lain laa..

                       Oleh itu saya, (NHBNT) short form.. heheh iaitu nur hafizah binti nikrul tarmizi bin awalluddin bin majid.. Errr sori tu je yang aku ingat heheh.. Saya ingin mengharum kan nama baik Malaysia ini.. Saya juga ingin berbakti kepada Bumi ciptaan Allah.SWT ini.. Saya juga ingin menjadi orang yang berjaya tau.. hee So dengan berkat doa nenek ku yang tersayang Ramlah Binti Mohd Shah dan rakan-rakan yang sentiasa bagi sokongan dan nasihat kepada aku. Aku harap aku dapat menjadi kan realiti ape yang aku mimpi kan selama ini.. Amin.. :D

Tension + Dilema =(

           Salam.. hai.. semua hari ni kita jumpe lagi.. hehehe.. sukenyer.. Tapi banyak nye halangan untuk aku hari ni. Masa aku kuar umah pun nampak bayangan dia lagi. Arghh!! Sakit jiwa aku sekarang ni.. Asyik-asyik dia,dia,dia, dan dia,,,,,!! Adeh pening akuh.! 

Ramai member-member aku cakap yang aku dah ANGGAU kan dia.. hmm..
Tapi sabar je ar.
Tiap-tiap hari nampak bayangan dia,
Terbayang kan jelingan dia,
Terniang-niang suara dia lagi dalam kepala aku ni.

Ya Allah tabah kan  hati aku ni. Aku mohon untuk menjadi manusia yang berguna dan aku nak berjaya macam orang lain. Takkan aku nak asyik ingat kan dia jer... aduhhh...

Nenek kesayangan aku pun dah letak harapan tinggi pada aku. Sebab kakak aku dah kecewa kan dia.Tapi aku x yakin. Aku memang tak ade keyakinan diri.

Tapi aku tak tahu samada perasaan aku ni betul atau pun tidak.. Tapi member-member aku semua perasan yang aku s*** dia. hmm,.. entah ar. :-( (susa-susa)


Ini gambar baru aku hehehe.. lawa x?? huhu.. fiz jangan riak fiza.. heheh
lol :p

Friday, June 3, 2011

Aku Suka Baca Blogger Orang Lain, Tapi Aku Bukan Blogger ... huhu ;p

                  Assalamualaikum, salam sejahtera. salam satu Malaysia. ni hao ma... hehehe.! 


          Tajuk kita hari ni adalah, seperti yang tertera dia atas.. heheh aku memang suka baca blogger orang lain berbanding blog sendiri beb... heheh . Sebab bile aku baca blog orang lain ianya telah memberi inspirasi untuk aku nak cipta ape yang aku nak tulis.. hehe lagipun blog aku x ar best mane pun.. Aku buat ni pun sebab nak luahkan isi hati ni.. Hati yang tak ade sape yang boleh di luahkan kepada siapa-siapa pun. oke ar yang post kali ni sampai sini jep.. heheh


choral speaking time!!!! 

Thursday, June 2, 2011

Ku Di Siram Air Putih ...!! Heheh.. Tengok Ni Tengok!.

alamak disiram air sudah.. hahah !!

Huh!! Tak sangka laa.. aku tak perasan bila tangkap gambar ni aku sedang disiram air mawar.. hehe Korang tengok gambar ni oke kan?? hehe Ini idea kawan aku yang kat sebelah tu, Ily namanye. Firstly dia suruh aku pendekan sikit kaki aku ni, sebab aku tinggi sangat.. hehe... So aku ikut je ar.. Ye ar orang dah suruh yang baik punye kita ikut lah.. hehe. Lepas tu aku tengok kat atas tangan dia ni lain macam . Huh! Den dah agak dah.. hahah.. So aku ape lagi layan ar.. haha . Tapi best gak dia buat gambar macam ni ea.. heheh 

Aaaa... Tidak.. Tak Boleh Jadi Ni..

                Aaaaaaaaaa.........!!! hehehehe.. sorry ye tadi aku jerit... hahah nanti korang mesti tak suke perangai aku ni kan.. x pe aku nak tulis ape yang aku suke ko faham?? hehe.. ni tadi haa.. ade pulak cicak dalam bilik ar aku.. bukan cicak kecil tapi besar gak ar.. dalam ... 7 hingga 8 cm gitu ar.. hehe.. badan cicak tu pulak.. dalam lebar modem aku ni haaa... adeh hai.. Terkejut beruk aku di buat ehh.. Nasib baik belum sempat lepas kan ape-ape lagi.. Kalau tak.. hmm.. habis ar... hahah Sesiapa yang baca post ni.. Silalah golak bosar-bosar ye.. hahah sebab memang kelakar sangat-sangat time tu.. oke bubye.. assalamualaikum.. hehe love u all.. :-)

hai.. siapa tu,. hehe happening gurls.. :-)


Ala... Hari Yang Membosan Kan.. Adeh..!!

Adeh.. hari ni memang aku x tahu nak buat ape , hmm,. cuti sekolah ni rase macam nak kuar tapi rase x boleh.. haha sebab duit tabung aku nak dia masukkan kedalam bank.. adeh.. sebab duit tu patut nye harus di masukkan kedalam bank dah lame dah.. tapi itu lah tertangguh-tangguh.. heheh... So lepas ni tak ade lah nak kuar duit banyak-banyak... ye ar kita kan kena jimat kan duit, nanti lame-lame duit sudah habis dalam bank ape macam.. haha , Aku tak dapat ar nk beli barang yang menjadi kesukaan aku nanti.. adeh, adeh, hahah



                                                       hihi.. teka mana satu Fiza Tiza?? :-)




Serius aku memang tak tahu ape yang perlu dibuat dalam cuti ni, huh! bile sekolah, aku nak cuti , bile dah cuti, bosan nak pegi sekolah... ishhh sebenar nye pegi sekolah ni lah zaman yang paling manis tau korang.. x percaya?? suke hati korang arh... ehehhehe.. aku just bagitau je deh.. haha Nanti masa dewasa nanti tahu lah korang betapa rindu nye nak pegi sekolah tau... aku sekarang pun dah mule rindu kan zaman kanak- kanak aku .. sob,sob, heheh time tu kau tengah comel.. hehe nanti-nanti lah aku upload imej aku time aku kanak-kanak ea.. oke sampai sini je cite untuk hari ni.. hehe assalamualaikum!!!! :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Singgah Jika Mahu