Tengok - Tengok

Mukadimah


Click here for Myspace Layouts

Followers Fiza Tiza

falling object love

Friday, July 22, 2011

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat

Al - Fatihah!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Insan yang Fiza maksud kan ini adalah beliau salah seorang guru sekolah tempat fiza menerima ilmu pelajaran. Tanggal 22 Julai 2010 iaitu hari khamis.Berita tentang pemergian nya amat mengejut kan kami pihak sekolah pada ketika itu.Sudah genap setahun beliau telah pergi meninggal kan kami warga Redza buat selama-lamanya. Nama arwah ialah Ahmad Izir.Kami semua memanggil beliau dengan panggilan Cikgu Izir . Maaf kerana Fiza tidak mempunyai sekeping pun gambar beliau untuk tatapan readers sekalian. 
Menurut guru-guru sekolah Fiza cakap, arwah meninggal kerana sesak nafas. Beliau meninggal di hospital. Meninggal kan seorang balu dan 5 orang anak yang masih kecil. Anak sulong beliau baru berumur 9 tahun. 
 Beliau adalah guru yang mengajar subjek Geografi kami ketika fiza di tingkatan 3 dulu, dan subjek-subjek lain. Beliau juga seorang yang berlawak jenaka ketika mengajar kami. Dan senang bermesra dengan pelajar-pelajar di sekolah fiza terutama pelajar lelaki. Suara beliau sering kedengaran di sekolah kami tatkala ketika beliau mengajar ataupun ketika sedang menghukum pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Beliau juga seorang guru yang bertanggungjawab terhadap pelajarnya.
Kini kelibat dan suara beliau tidak lagi meriuh kan sekolah kami lagi. Tiada lagi suara yang berbunyi "kak 2 kak" (maksudnye kitaorang kena ketuk ketampi dua kali kerana tidak memakai pas keluar ketika di luar kelas). Tiada siapa yang boleh ganti kan beliau. Hanya kenangan kami bersama nya yang boleh diingati. Hanya doa kami mengiringi mu cikgu. Kami semua sayang cikgu.Pemergian mu amat kami tangisi. Semoga roh mu aman dan tenang. Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Singgah Jika Mahu