Tengok - Tengok

Mukadimah


Click here for Myspace Layouts

Followers Fiza Tiza

falling object love

Wednesday, July 20, 2011

Histeria

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

            Entri kali ini adalah daripada pengalaman Fiza sendiri yang mana perkara seperti ini telah berlaku di sekolah tempat Fiza dan rakan-rakan belajar. Tanggal 10 April 2008 4 tahun lepas, sekolah kami telah diserang dengan gangguan histeria. Dan.... Pada hari ini juga perkara yang sama telah berlaku di sekolah kami. Tetapi kali ini lebih sedih dan lebih bilangan pelajar yang kena histeria berbanding tahun lalu.
ini hanya gambar hiasan SAHAJA! 
Pada pukul hampir 11.00pagi, kami digemparkan dengan jeritan pelajar yang terkena histeria, dan kemudian nya kami semua telah diarah untuk berkumpul di dewan terbuka sekolah kami. Bagi mengelak kan ramai lagi yang terkena gangguan yang sama. Kami bersama-sama membaca yaasin di dewan, tetapi gangguan itu tidak berhenti di situ sahaja, malah ade beberapa pelajar perempuan lagi yang terkena gangguan yang sama dan mereka telah di bawa ke surau sekolah kami bagi mendapat kan rawatan selanjutnya. 
Peristiwa ini memang menyedihkan hati Fiza sendiri, fiza juga berasa takut dan lemah semangat ketika itu. Tapi Alhamdulillah ianya tidak berlaku kepada diri fiza. Kalau berlaku lagi susah kan?? Fiza cuba menguatkan semangat fiza dan berzikir supaya minta di jauh kan dari gangguan itu. Tapi Fiza memang tabik spring ler dengan abang-abang dan kakak-kakak senior sekolah kami ni. Mereka telah membantu ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah untuk meredakan keadaan pelajar-pelajar yang terkena histeria. Wah semangat diaorang memang kuat. Alhamdulillah! 
Menurut kepada guru-guru disekolah Fiza ni, perkara ini berlaku kerana ade sebab. Semua yang berlaku di bumi ini mesti ade sebab, so kejadian ini pun ade sebab nye kenapa ia berlaku kerana banyak perkara yang tidak berapa nak elok telah berlaku berleluasa di sekolah itu. Yang membuat kan Fiza tak puas hati budak-budak yang buat perkara jahat tu tak terkena gangguan tapi budak-budak yang baik ni pulak yang terkena. Adeh hai. Sabar je lah kan. Ade hikmah di sebalik ape yang telah berlaku. So entri kali ni fiza tak ade niat pun nak maksud kan ape-ape. Cume nye sekarang ni kite sebagai manusia harus lah mengingati Allah SWT. Segala perkataan sekiranya ade yang terasa Fiza mohon maaf. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Singgah Jika Mahu