Tengok - Tengok

Mukadimah


Click here for Myspace Layouts

Followers Fiza Tiza

falling object love

Monday, July 1, 2013

Pelajar Merantau :)

Assalamualaikum, salam sejahtera! 

Hari ini fiza ingin berkongsi pengalaman fiza pasal kali pertama mula masuk kolej. Kira alam universiti jugalah kan? Hehe. Alhamdulillah rezeki fiza nak masuk kolej akhirnya tercapai juga. Tapi agak terkilan juga sebab tak dapat UPU lepas. Tapi rezeki ada dimana-mana sahaja kalau kita ada usaha sendiri insyaAllah kita akan dapat kejayaan akhirnya walaupun kita tak ada ijazah. Alahamdulillah fiza dapat motivasi dari guru-guru dan kawan-kawan fiza yang perihatin tentang diri fiza selama ni. Asalkan usaha kena mantap berjaya atau tidak jangan dikirakan dahulu,itu prinsip fiza sekarang. Kalau dapat kolej swasta pun tak bermakna seseorang pelajar itu tidak berkualitikan? Yang penting kita ikhlas dalam kerjaya kita yang bakal dihadapi suatu hari kelak.InsyaAllah.




Selama 6 bulan fiza duduk dirumah tak tahu mahu buat apa, aktiviti yang dilakukan pun hanya download movie sahaja dan bermain dengan haiwan kesayangan serta makan, hehe. Pemalaskan? Dalam sebulan lepas fiza ada dapat pangilan dari Kolej Antarabangsa Putra. Alhamdulillah fiza dapat tawaran dalam Bachelor Science of Business Administration. Kira fiza insyaAllah akan terus ambil ijazah dalam masa 4 tahun ni. Tapi yang mengerunkan bagi fiza kena berbahasa inggeris sepanjang masa. Untuk menguatkan bahasa inggeris fiza yang dah lama fiza tinggalkan lepas. Disini ramai juga pelajar dari luar negara jadi takkanlah fiza nak cakap bahasa melayukan? Nanti dia tak layan fiza pula hehe. Ye bahasa inggeris sekarang sangat amatlah penting.

Kali pertama kena tinggalkan keluarga memang sedih tak sehingga. Tapi oleh kerana menimba ilmu jadi terpaksa juga tinggalkan mereka. Ala tak apalah dekat je melaka dengan seremban. hehe. Cuma fiza kena berdikari duduk disini. Itu semua lumrah hidupkan. hehe. Fiza harap fiza boleh mendaki ijazah ini dengan baik berkat doa keluarga tercinta insyaAllah fiza akan kuatkan semangat untuk belajar lebih baik dari SPM dahulu. INSYAALLAH! :D <3

Wednesday, December 12, 2012

12/12/12

Assalamualaikum,salam sejahtera kepada semua!!

                            Alhamdulillah kita sudah sampai ke tarikh yang di impikan oleh semua orang dalam dunia ni, tapi semua ke? hahah itu tak kisah lah. yang penting tarikh yang bermakna ni kita nikmati sama-sama okeh!? huhu.

                             12/12/12 bersamaan 12 Disember 2012, ingat lagi masa kat sekolah dulu, ada yang cakap haa ni tarikh kahwin aku jangan lupa datang ye! Sampai sekarang habuk pun tak da.Haha Ye la tu smeua gurauan masa zaman sekolah, sekarang ni dah tak sekolah dah. Aduh bosan sangat-sangat duduk rumah ni. Nak ambil lesen kereta kena tunggu kawan huh ponek den ni haa.

                              Ada yang jangka kalau nak tarikh ni lagi kena tunggu seribu tahun lagi. Fuyoo masa tu cicit pun dah tak ada lagi dah atau bumi ini pun entah ada lagi, entah kan nya tidak. Ehh terlampau panjang pulak fikiran fiza ni.Tapi kita digalakkan untuk berfikiran jauh supaya perjalanan masa depan kita teratur dan mengikut pelan yang dah dirancang jangan pula kau dah rancang tapi tak ikut sudah ler. Huhu. Semakin hari semakin tua kita semua dan semakin dekat dengan perkara yang paling menakutkan iaitu kematian. Tapi itu semua perlu dilalui oleh semua manusia kan.

                              Ok lah kawan-kawan sampai sini saja lah untuk hari ni punya post. huhu. Bye. Assalamualaikum!

Monday, December 10, 2012

Terima Kasih Sebab Kau Dah Buat Dia Berubah 100%

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua!

                    Maaf kerana Fiza dah lama tak update post, ala bukannya ramai yang nak baca post Fiza kalau minta maaf kan? Sorry itu just pendapat Fiza jer! Sepertimana yang kita yang bergelar manusia tahu akan perasaan wanita terhadap seseorang yang dia cintai bukan?Wanita akan mencintai lelaki itu sepenuh hati walaupun lelaki tu bodoh,tak matang jahat, atau perangai macam sampah kan? Ramai yang ada pengalaman macam ini betul tak? Walaupun Fiza tak ada pengalaman bercinta tapi bila lihat kawan-kawan perempuan kita macam ni kita dah boleh belajar daripada pengalaman mereka, anda setuju? Tak setuju tak mengapa. Semua ada pendapat masing-masing tak boleh lah nak asyik sehaluan je kan.

                      Banyak tengok pasangan kekasih sekarang ni dalam kalangan budak-budak sekolah menegah yang agak hingusan jugak pada Fiza. Tapi bila putus sumpah seranah ye kau? Terutama lelaki yang pengecut dan EGO BODOH. Itu bagi jantan lah kan, tapi bagi perempuan pula, dia akan nangis,nangis dan nangis terus. Nasib kalau mata tak buta. Cinta memang penting tapi janganlah sampai makan diri kau pulak.
                               
                                   

                        Sebagai seorang kawan yang sayang kan kawan nya, Fiza rasa terkilan dan sangat-sangat kecewa dengan perangai kaum-kaum adam ni pada pasangan masing-masing yang mencintai kamu 100% yang sanggup lupakan kawan yang baik dengan dia. Fiza bukan orang  pertama yang tahu kauorang bercouple, itu tak kisah lah lagi sebab hak maisng-masing nak bagi tahu sesiapa. Demi kebahagiaan kawan Fiza ni fiza sanggup bagi dia keyakinan yang tinggi bahawa dia akan kekal dengan dia punya pasangan sampai ke jinjang pelamin. Fiza sanggup berkorban untuk kebahgiaan kauorang berdua, tapi LELAKI INI agak bodoh dan tak matang langsung tahu dapat awek lawa tapi tak reti-reti jaga hati perempuan dan dia tak sedar diri dia dah berubah, DAN TERIMA KASIH SEBAB KAU DAH BERJAYA BUAT DIA MENANGIS. Fiza dah tak kenal dengan kawan yang dah Fiza kenal selama 6 tahun ni. Dia dah berubah sejak jumpa kau lah jantan. Fiza ingat kau boleh lah bahgia kan dia selepas ex-ex dia dulu, tapi kau sama je dengan yang lain. Entah -entah kau couple dengan dia sebab dia lawa je kot kan? Yes itu jawapan yang di tunggu dari lelaki tak sedar diri dah la tak hensem langsung ni, tapi itu bukan hak aku untuk mengata, kau dah guna kan KETIDAKTAMPANAN kau tu untuk tackle dia lah kan, tapi nasib kawan Fiza ni lurus senang lah keje kau kan?

                          Dulu kawan fiza ni memang sangat ceria dan selalu buat fiza happy tapi sekarang kau dah buat dia macam ni ingat fiza boleh terima ke? At first bila fiza dapat tahu kauorang couple pun fiza dah mula tak sedap hati. Tapi fiza diam kan je sebab nak tolak perkara negatif, tapi perkara negatif ni yang datang pulak. Oii jantan kalau kau pernah kata kalau kawan-kawan dia sayang kan dia, kau lagi sayang kan dia kan? huh! itu pun kalau kau inagt lah. Tapi sekarang ni mana janji tu encik jantan????  Kalau kau dah sakit kan hati dia, maknanya kau dah sakit kan hati Fiza jugak, sebab Fiza memang sayang sangat-sangat denga kawan Fiza yang dah bahagia kan Fiza tapi kau tak pernah hargai kasih sayang yang dia dah bagi pada kau, separuh nyawa dia ada pada kau lah SIAL. Maaf kalau post ni yang kau baca buat kau sakit hati or terasa, sebab aku lebih hargai kawan-kawan aku yang sayang kan aku.

                           Tapi aku percaya suatu hari perbuatan bodoh dan jahat kau akan terbalas juga ye, mulai sekarang aku tak akan respect engkau.

                               

Friday, November 30, 2012

Sebelum SPM 2012 (2/11/2012) dengan kawan-kawan ^o^



                                      

 

 

 

 



  





 













Sunday, January 1, 2012

Sayang Nenek

Sambutan Hari Lahir Nenek Ke 75

Allah selamat kan kamu,
Allah selamat kan kamu,
ALLAH selamat kan Hjh Ramlah

ALLAH SELAMAT KAN KAMU



Nenek adik nak ucap kan selamat hari lahir,semoga nenek panjang umur murah rezeki . Dan adik mohon pada Allah semoga nenek panjang umur dan dapat melihat kejayaan adik kelak , Insyallah ^_^

sayang nenek selalu!!!

Sunday, November 27, 2011

rombongan meminang pergi ke...(petrosains,i-city)


PETROSAINS

                  




















                                                       


                                                          Snow Walk












                                     








                                            




                                                            I-City


                                               



                                      















                                     











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Singgah Jika Mahu